Wednesday, August 24, 2011

ABOUT US


ENHANCE THE ENVIRONMENT














3R









DEFINISI


Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (akta 672) kitar semula bermaksud memunggut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.


MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula ialah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.



Jumlah sisa yang dikeluarkan semakin meningkat kerana:

  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.

  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa.

  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa/ bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang diperbuat dari kertas minyak.